Tutup

#AWANIJr: 'Cakna Islam, Hidup Sejahtera'

'Cakna Islam, Hidup Sejahtera' adalah satu program yang dianjurkan oleh Guru Pelatih dari Institut Perguruan Sultan Mizan yang sedang menjalani Program Internship di SK Kuala Besut 11, Kuala Besut, Terengganu. Matlamat utama program ini adalah untuk mendidik jiwa serta menarik minat setiap warga sekolah menghayati Islam. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mengalunkan azan, hafazan serta qasidah. Bersama Siti Khairun Nisrin Mohd Nadzri (8 tahun) dari Bayu TV SK Kuala Besut 11 yang menemu ramah Mohd Asraf Mohd Saperi, salah seorang Guru Pelatih yang terlibat. AwaniJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.