#AWANIJr: Calon SPM mesti jaga hubungan dengan Allah

Seramai 171 pelajar tingkatan lima dan enam (SMK) Kompleks Mengabang Telipot di sini, diraikan dalam Majlis Graduasi 2018 yang diadakan di sekolah tersebut hari ini. Majlis kali ke- 9 itu diadakan bagi mengiktiraf pelajar-pelajar cemerlang yang menamatkan persekolahan di sekolah tersebut. Antara objektif Graduasi kali adalah; Memberi penghargaan kepada murid tingkatan 5 dan 6 atas setelah menamatkan persekolahan peringkat menengah, Sebagai terima kasih kepada murid atas segala sumbangan yang diberikan kepada sekolah, Meningkatkan penghargaan kendiri murid, Meningkatkan motivasi pencapaian dan semangat juang dalam kalangan murid untuk mencipta kejayaan yang lebih cemerlang. Perasmian majlis tersebut disempurnakan oleh Pn Faizah Harun ,Ketua Pengarah ILP.Kuala Terengganu. Sementara itu, pelajar cemerlang STPM, Nur Afiqah Solehah Kamal Asmadi dari 6 atas UniSZA yang memperoleh keputusan cemerlang berkata, dia berazam untuk menlanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi pada masa depan. Manakala, pelajar cemerlang SPM, Ahmad Naqiuddin Abdul Rahman yang memperoleh PNGK 2.56 berkata, dia berazam untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan SPM yang sebenar nanti. Zulaikha Sahira Mohd Zaidi 16, bertindak sebagai wartawan AWANIJr dan Amirul Zulkifli 19 dan Wan Daniel Izi 14, sebagai jurukamera Krew AWANIJr dari Eduwave TVPSS SMK Kompleks Mengabang Telipot (KOMETS), Kuala Nerus, Terengganu telah berpeluang membuat rakaman program tersebut. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.