Tutup

#AWANIJr: Cempedak oh Cempedak

Nur Nia Darwisya dan Nazratul Aliya (12 Tahun), dari SKESA TV, TVPSS SK Santong, Dungun, Terengganu akan berkongsi cara-cara memasak cempedak krup-krap yang lazat dari Taman Ar-Raudhah, SK Santong, Dungun, Terengganu. Pokok-pokok cempedak ini telah ditanam oleh warga SK Santong sejak 20 tahun yang lalu. Taman Ar-Raudhah mempunyai lebih dari sepuluh pohon pokok cempedak yang digunakan untuk pelbagai aktiviti di SK Santong terutamanya pada waktu ko-kurikulum. Terimalah laporan daripada krew TV PSS, SKESA TV untuk AWANI Junior. Jom kita sama sama saksikan episod yang menarik ini. AWANI Jr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.