Tutup

#AWANIJr: Charm busker popular di Terengganu

'Busking' bukan sekadar aktiviti seni jalanan biasa. Kini ia berupaya menjadi satu simbol daya tarikan pelancongan dengan kemeriahan di kawasan bandar raya dan lokasi tertentu tumpuan orang ramai. Aktiviti ?busking? juga sudah menjadi satu profesion atau kerjaya yang baik dan platform disukai rakyat Malaysia dalam mempamerkan bakat serta seni budaya.Malah, terdapat pemuzik jalanan atau ?busker? kini menjadi artis rakaman yang dikenali ramai seperti kumpulan Caliph Busker ini membuktikan mereka juga berbakat besar dan perlu terus diperkasakan agar perjalanan komuniti ?busker? terus terjamin ke arah yang lebih positif. Hingga kini dianggarkan lebih 13,000 pemuzik jalanan berdaftar di bawah Persatuan Malaysian Buskers Club (MYBC) yang menaungi komuniti itu di seluruh negara sejak 2013. SMK Chendering juga tidak ketinggalan dalam menubuhkan kumpulan busking mereka, iaitu Charm Busker. Mari ikuti temubual krew SeNILAMTV dengan guru pembimbingnya.