#AWANIJr: Cuti-cuti Malaysia

Cameron Highlands adalah salah satu tempat percutian tanah tinggi yang terkenal di Malaysia, ia terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Pada hujung minggu dan sempena cuti Ulangtahun Pertabalan KDYM Sultan Terengganu krew TV A.N sempat merakam beberapa tempat yang menarik terdapat di sana. Wartawan dan pengacara TV A.N PSS SK Seri Buluh, Hulu Terengganu, Amni Nafisa Zabidi ( 11 tahun ) dan Dhamirah Amani Muhamad Zainuddin ( 11 tahun ) ada laporannya. AwaniJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.