#AWANIJr: Dato' Haji Rozi Haji Mamat bersama Eduwave TV

YB Dato' Hj Rozi Hj Mamat merasmikan Hari Terbuka Kem PLKN Padang Kacong, Bukit Payong, Terengganu. YB Dato' Hj Rozi Hj Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Merangkap ADUN Telemong telah ditemubual oleh Krew Eduwave TV di Majlis Perasmian Hari Terbuka Kem PLKN Padang Kacong. Untuk tidak membuang masa lagi, mari kita saksikan sama-sama rakaman temubual antara wartawan AWANIJr Eduwave TV SMK Kompleks Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Terengganu iaitu adik Zulaikha Sahira Mohd Zaidi (16 )dan YB Dato' Hj Rozi Hj Mamat yang sangat ramah. Saksikan... AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.