#AWANIJr: Dendang Anak

Dendang Anak adalah merupakan satu persembahan kebudayaan yang telah ditubuhkan oleh Persatuan insan Prihatin Negeri Terengganu, di mana peserta kebudayaan ini adalah merupakan anak-anak generasi kedua daripada ibubapa yang telah dipulihkan daripada najis dadah. Mereka membawakan persembahan kebudayaan seperti nyanyian, tarian dan kebudayaan melayu nusantara yang padat dengan mesej ketuhanan, keagamaan dan nasihat. Spark Tv SMK Padang Kemunting, Kuala Nerus Terengganu, juga telah menemubual Encik Zulkifly bin Junaidi, setiausaha persatuan tersebut. Bersama pengacara Nur Fatin Maisarah Muhammad dan Hariz Izzudin bin Zulhairi, ada laporannya. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.