#AWANIJr: E-Buletin memang best

Pada tahun 2017, SK Binjai telah menyertai Pertandingan E- Buletin anjuran Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia(MCMC) dengan kerjasama bersama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia(MBKM) dan PPD Kemaman. Majlis ini telah diadakan di Dewan Mercu SMK Chukai, Kemaman Terengganu.Alhamdulillah kru kami tidak ketinggalan membuat liputan di majlis penyampaian hadiah tersebut Ikuti liputan yang telah dibuat oleh adik Wan Nur Amna Faqihah Wan Muhd Fadillah (11 tahun), Nur Aisyah Amirah Muhamad Salim (11 tahun), Nur Farihah Azmira Azmi (10 tahun) ,Ainin Sofiya Azhar (10 tahun) dan Nur Aisyah Fadlan (10 tahun) kru My LB Channel, TV PSS SK BINJAI, Kemaman, Terengganu. AwaniJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.