Tutup

#AWANIJr: Fiesta STEM UMT & Penganugerahan Watikah Profesor@School Chapter UMT

Pusat Asasi STEM Universiti Malaysia Terengganu telah mengadakan Program Fiesta STEM UMT & Penganugerahan Watikah Profesor@School Chapter UMT pada 23 September 2018 bertempat di Dewan Sultan Mizan (DSM) UMT, Terengganu. Dr. Laili Che rose, Pengarah Pusat asasi STEM UMT bertindak sebagai Pengarah Program. Majlis ini telah dihadiri oleh Ybhg. Profesor Dato? Nor Aieni Hj. Mokhtar Naib Canselor UMT dan dirasmikan oleh Ybhg. Profesor Datuk Dr. Raduan Hj. Che Rose. Turut dihadiri oleh Ybhg. Profesor Dato? Dr. Noraini Idris, Pengerusi National STEM Movement. Adik Zulaikha Sahira Mohd Zaidi 16, bertindak sebagai wartawan AWANIJr dan Amirul Zulkifli 19 dan Wan Daniel Izi 14, sebagai jurukamera Krew AWANIJr dari Eduwave TVPSS SMK Kompleks Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Terengganu. Mari kita sama-sama menonton rakaman tersebut.