#AWANIJr: Foto Viral

Pada tahun 2018, anugerah fotografi antarabangsa berprestij, Siena International Photo Awards telah menerima 48,000 penyertaan dari 156 buah negara dan gambar Sharing Emotions telah mendapat Anugerah Istimewa bagi kategori Wajah dan Karektor Menarik. Bukan itu sahaja, gambar tersebut turut mendapat penganugerahan oleh Asian Geographic: Imej Asia 2018 bagi kategoriManusia/Jalanan (Street/People). Mari kita kenali dengan lebih rapat lagi jurugambar profesional iaitu En Mohd Nazri Sulaiman yang bertanggungjawab membawa gambar adik Syukor Khamis ke peringkat dunia bersama adik Nor Ainin Sofia Kamila,16 dari SeNILAMTV PSS Almumtazin SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu, Terengganu. Mari kita saksikan. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.