Tutup

#AWANIJr: Gelarannya Bapa TVPSS Terengganu

Adik Zulaikha Sahira Mohd Zaidi 16, bertindak sebagai wartawan AWANIJr dan Amirul Zulkifli 19 dan Wan Daniel Izi 14, sebagai jurukamera Krew AWANIJr dari Eduwave TVPSS SMK Kompleks Mengabang Telipot (KOMETS), Kuala Nerus, Terengganu telah menemubual dengan Tn. Hj. Akram@Amir Abdul Majid, Penolong Pengarah , Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu di Bengkel Pengacaraan TVPSS Dan AWANI JUNIOR Peringkat Negeri Terengganu 2018. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab memperkembangkan idea TVPSS Terengganu di kalangan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri Terengganu. Bermula dengan Bengkel Kewartawanan dan TVPSS kali pertama yang diadakan di Perpustakaan Sultanah Nurzahirah PSNZ, UMT pada tahun 2016 , TVPSS Terengganu terus berkembangan dengan pencapaian yang sangat membanggakan . Bermula dengan memuatnaik video-video ke saluran TVPSS sekolah masing-masing di YOUTUBE, kini para krew TVPSS sudah boleh menghantar video-video rakaman masing-masing kepada pihak ASTRO AWANI pula. Sehubungan dengan itu wajarlah Tn. Hj. Akram@Amir digelar Bapa TVPSS Terengganu. Semoga usaha tuan diberkati Allah. Mari kita sama-sama menonton rakaman tersebut. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.