#AWANIJr: Guru Ceria, Murid Gembira

Wan Nur Izzah Wan Mohd Sufiyan dari TV Kuala , TVPSS SK Kuala Dungun berkongsi mengenai impak Program Transisi Tahun 1 yang telah dijalankan selama 3 minggu ini . Program yang telah dijalankan sememangnya amat membantu murid untuk menghadapi perubahan daripada pendidikan awal tidak formal ke pendidikan formal tahun 1. Beliau turut sempat merakamkan aksi dan gelagat anak-anak cilik tahun 1 SK Kuala Dungun sepanjang program ini dilaksanakan . Paparan kali ini amat bertepatan dengan tajuk video kali ini iaitu 'Guru Ceria ,Murid Gembira'.