Tutup

#AWANIJr: Hadiah JPN Melaka

Karnival Pendidikan Negeri Melaka 2019 yang berlangsung di MITC,Ayer Keroh merupakan kenangan manis untuk Pengacara Hang Tuah Channel NurAfiqah Auni Mohd Zaidy,12 bersama krew dalam memperkenalkan TVPSS sebagai salah satu wadah kemenjadian murid . Hang Tuah Channel diberikan penghormatan untuk menemubual Exco Pendidikan,Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka, Encik Nor Effandi Bin Ahmad mengenai halatuju TVPSS di sekolah-sekolah Negeri Melaka.Karnival kali ini melibatkan hampir kesemua sekolah di Melaka dalam pertandingan dan aktiviti termasuk jualan. TVPSS Hang Tuah Channel mengucapkan syabas kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka yang berjaya menghimpunkan inovasi, bakat dan kemenjadian murid dalam satu bumbung untuk dikongsi bersama. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.