#AWANIJr: Hari Kesihatan Pergigian

Kelab Doktor Muda SK IPG Kampus Dato' Razali Ismail telah mengadakan program Hari Kesihatan Pergigian kerjasama pasukan promosi pergigian dengan Klinik Kesihatan Pergigian Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Program ini dihoskan oleh adik Amirah (12) dan Alwani (11). Pengisian program ini antaranya ceramah kesihatan, Buskers by Singgang, Games dan pameran tentang penjagaan gigi. Jom sama-sama kita saksikan video tentang Hari Kesihatan Pergigian kali ini. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.