#AWANIJr: I Wonder Gallery PSKT

I Wonder Gallery di pusat sains & Kreativiti Terengganu merupakan galeri yang paling dekat dengan pintu utama yang menyediakan 6 zon. Aktiviti setiap zon amat menarik dan memberi banyak maklumat kepada pelajar. Adik Abdullah Al Amin A. Bakar, 17 dan adik Zaleha Mohd Yusof, 17 ke Pusat Sains & Kreativiti Terengganu untuk membuat liputan. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.