Tutup

#AWANIJr: Idea tercetusnya kewujudan AWANI Junior

Pada 30 September 2018- kru My LB Channel TV PSS SK Binjai Kemaman telah membuat liputan Program Bicara Tokoh Kewartawanan dan Media di Auditorium Universiti Malaysia Terengganu. Kru My LB Channel berjaya menemubual YM Raja Hisyam Raja Zaid penerbit Awani Junior untuk mengetahui pandangan beliau tentang idea tercetusnya Program Awani Junior di Astro Awani. Marilah kita ikuti liputan yang telah dibuat oleh adik Wan Nur Amna Faqihah Wan Muhd Fadillah 11 dan Nur Aisyah Amirah Muhd Salim 11 kru My LB Channel TV PSS SK Binjai, Kemaman, Terengganu. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.