Tutup

#AWANIJr: Impak yang gempak

Kursus IMPAK(IbuBapa memastikan peningkatan akademik anak) telah diadakan di SK Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu.Kursus ini adalah kursus anjuran IKRAM Kuala Nerus dengan kerjasama JPNT,UMT,UNISZA, KHIT dan SK Tok Jembal. Kursus yang diadakan pada 24 Ogos 2019 ini melibatkan 100 orang peserta dari kalangan IbuBapa B40. Dalam episod kali ini pengacara AWANI Jr, iaitu adik Nur Syukrina binti Abd Aziz,11, akan membawa kita dengan lebih dekat lagi ke kursus yang julung-julung kali diadakan ini. Mari sama-sama kita saksikan.