Tutup

#AWANIJr: Ingin Menjadi wartawan? Ini Syaratnya...

Adik Zulaikha Sahira Mohd Zaidi 16, bertindak sebagai wartawan AWANIJr dan Amirul Zulkifli 19 dan Wan Daniel Izi 14, sebagai jurukamera Krew AWANIJr dari Eduwave TVPSS SMK Kompleks Mengabang Telipot (KOMETS), Kuala Nerus, Terengganu telah menemubual dengan Cik Nur Fazlizai Ali, Wartawan ASTRO AWANI di Bengkel Pengacaraan TVPSS Dan AWANI JUNIOR Peringkat Negeri Terengganu 2018. Beliau juga Timbalan Presiden Pertubuhan Karyawan Kreatif Terengganu. Beliau mula menceburi bidang kewartawanan pada Jun 2008 di Bernama TV Terengganu sebelum bergiat aktif dalam EDUWEB TV (TV Pendidikan ). Pada Oktober 2017 , beliau mula berhijrah ke ASTRO AWANI Terengganu. Dalam temubual di atas beliau telah berkongsi tips untuk menjadi seorang wartawan yang terbaik. Mari kita sama-sama menonton rakaman tersebut. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.