Tutup

#AWANIJr: Insaniah Gen-T Sejahtera mampu mengubah sikap pelajar

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) menganjurkan Program Insaniah Gen-T Sejahtera di setiap daerah. Program ini diadakan kepada pelajar yang mempunyai masalah disiplin di sekolah dengan mendekatkan diri dengan masjid, ilmu keagamaan dan akhirat. Diharapkan program yangdiadakan ini dapat mengubah sedikit sebanyak sikap pelajar tersebut. Bersama wartawan Mohammad Harith Hasro Naidi, 14 dari My B'Best Tv, TV PSS SMK Balai Besar, Dungun, Terengganu, membuat liputan di Masjid Serdang, Dungun. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.