#AWANIJr: Iron Man vs Spiderman di SK Sultan Ismail

Kedatangan Iron Man dan Spiderman membuatkan semua murid SK Sultan Ismail teruja dan gembira untuk memulakan hari pertama persekolahan mereka dengan lebih bersemangat. Adik Ahmad Kashful Ashraff Kamarul Zaman, 12 dari SKSI Eduwave TV, TV PSS SK Sultan Ismail, Kemaman, Terengganu berpeluang berkongsi kejutan pada hari tersebut. Jom sama-sama kita saksikan perkongsian tersebut. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.