#AWANIJr: Jaga peribadi, hindari buli

Pengacara Nur Izzati Abdullah ,11, daripada MerangTV SK Merang,Setiu telah berpeluang menemubual Sarjan Jalilah Ismail, Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu sempena Pelancaran Program Jom ke Sekolah diadakan serentak di seluruh negara. Antara intipati temubual termasuklah peranan polis perhubungan sekolah dalam merealisasikan keberkesanan kempen jom ke sekolah dan respon mengenai isu buli yang tular baru-baru ini. Awani jr merupakan inisiatif terbaru Astro Awani dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.