#AWANIJr: Jangan Buli, Segera Lapor

Kes buli dikalangan murid-murid sekolah seharusnya tidak berlaku.Jika aktiviti tidak sihat ini dibiarkan berlaku,kesan kepada mangsa buli sangat banyak.Antaranya berlaku kemurungan dan kecederaan yang boleh menjejaskan diri mangsa serta mengakibatkan gangguan dalam pelajaran.Oleh itu,semua pihak harus berganding bahu membanteras gejala buli di sekolah dan segera melaporkan kepada pihak sekolah mahupun kepada pihak polis.Ikuti bingkisan dari wartawan Ring.TV SK Pasir Nering,Hulu Terengganu ,Muhammad Akid Aiman Nordin,11 Tahun terhadap isu ini sempena program Jom ke Sekolah. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.