#AWANIJr: Janji Kami

Kehebatan kepimpinan negara lahir daripada pemimpin kecil yg dibentuk dengan jati diri yg mantap.Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel SK Duyong,Melaka, Nur Afiqah Auni Mohd Zaidy, 12 , bersama-sama Wartawan Nur Qaisarah Aqilah,11, telah mengikuti Bengkel Kepimpinan Pengawas Berimpak Tinggi 2019 anjuran Pusat Sumber Sekolah & Unit HEM SK Duyong,Melaka. Bengkel Kepimpinan ini disertai 70 orang peserta terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas PSS dan Pengawas SPBT dikendalikan oleh Mohd Hasbullah Mustafa,36, Pegawai Psikologi ,Politeknik Merlimau Melaka.Tujuan bengkel untuk memantapkan jati diri dan ketrampilan diri pemimpin muda SK Duyong untuk bersama-sama pihak sekolah meningkatkan mutu disiplin murid .