#AWANIJr: Jeti Kuala Perlis jadi pilihan

Sempena musim cuti persekolahan kali ini, Pengacara Cilik, Wan Nur Irdina Syahirah Wan Mohd Zahiruddin 6,daripada MerangTV SK Merang,Setiu telah berpeluang bercuti ke Pulau Langkawi. Terminal Jeti Kuala Perlis merupakan salah satu laluan untuk ke Pulau Langkawi. Di sini terdapat banyak kemudahan dan merupakan salah satu pilihan untuk pengunjung pergi ke Pulau Langkawi. Jom kita saksikan. Awani jr merupakan inisiatif terbaru Astro Awani dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.