#AWANIJr: Jom cari baju raya bersama UTeM

egembiraan jelas terpancar pada wajah 40 orang anak-anak yatim dan asnaf SK Duyong, Melaka apabila buat pertama kali Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka bekerjasama dengan SK Duyong dalam menjayakan "Program Jom Shopping Raya" pada Sabtu 25 Mei 2019 di Mydin Mall, Ayer Keroh Melaka. Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel, NurAfiqah Auni Mohd Zaidy, 12, bersama wartawan Nur Qaisarah Aqilah Mohd Nazrul-Izwan, 11, turut menyelami kegembiraan mereka mencari kelengkapan Hari Raya. Dr.Zeratul Izzah Mohd Yusof, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi merangkap Pengarah Projek Sumbangan Hari Raya, begitu teruja dapat memberikan sumbangan kepada anak-anak SK Duyong. Beliau dibantu oleh sukarelawan UTeM yang terdiri daripada pensyarah, staff sokongan dan para pelajar UTeM memenuhi impian anak-anak yang diraikan.