Tutup

#AWANIJr: Jom Kitar Semula

Program Kitar Semula telah diadakan pada 13 Mac 2019 bertempat di SK Ayer Puteh. Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar kepada masyarakat khususnya warga sekolah dan kepentingan membuang sampah mengikut warna tong kitar semula yang telah disediakan. Bersama-sama adik Nur Amirah Ardenan, 11 dan adik Nurain Nasuha Mohd Nizam, 11 pengacara SkySKAP TV PSS, SK Ayer Puteh, Kemaman, Terengganu ada laporannya. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.