#AWANIJr: Jualan sentuhan rakyat, apa kata orang Terengganu?

Krew TV PSS TVJer SMK Dato' Haji Mohd Said, Kuala Terengganu, Terengganu melalui pengalaman yang tidak akan dilupakan seumur hidup apabila berpeluang membuat liputan sempena kunjungan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak ke Program Jualan Sentuhan Rakyat di Perkarangan Kompleks Stadium Gong Badak sempena Ekspo Terengganu 2018. Adik Nur Widyan Nasuha Ahmad Pauzi, (15 tahun) ada butirannya. Mari kita lihat apa kata rakyat Terengganu? AwaniJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.