#AWANIJr: Kanta mata lalat kanta mata lebah

Bersama adik Nuraisya Amiera Zuhairi (12) dan Nur Aisyah Sofea Mohd Shaffree (12) daripada SkySKAP TV PSS, SK Ayer Puteh, Kemaman, Terengganu mendengar kupasan idea yang menarik daripada Mohd Sufwan Niezal Sabri atau lebih dikenali dengan panggilan Dai Niezal yang merupakan anak kelahiran Kampung Ayer Puteh, Kemaman, Terengganu. Dai Niezal yang juga merupakan idola kepada wartawan Skyskap ini telah berjaya mencatat kejayaan besar apabila bergelar Juara Dai Pendakwah Nusantara musim ke-4 anjuran TV3 pada tahun 2016. Jom kita sama-sama mendengar kupasan idea daripada beliau. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.