Tutup

#AWANIJr: Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Daerah Langkawi 2018

Karnival Dakwah Ini Merupakan aktiviti tahunan yang akan diadakan pada setiap tahun. Hal ini bertujuan untuk Mencungkil bakat baharu dan bakat yang sedia ada untuk diketengahkan lagi. Karnival Dakwah ini mempertandingkan pelbagai acara, antaranya ialah pertandingan Nasyid,Hafazan,Syarahan,Tulisan Khat Dan Tilawah Al-Quran. Karnival dakwah ini juga telah mempamerkan kesungguhan dan kegigihan pelajar Dan guru sekolah masing-masing dalam membuat persediaan yang mantap untuk bersaing habis-habisan di hari perlawanan. AwaniJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.