Tutup

#AWANIJr: Kasih Kastam Diraja Malaysia

Bulan Ramadan bulan yang mulia, amalan bersedekah bukan sahaja diamalkan oleh individu tetapi juga badan-badan korporat turut memgambil peluang ini. Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel SK Duyong, NurAfiqah Auni Mohd Zaidy,12, menyelami kegembiraan 40 orang anak yatim dan asnaf SK Duyong, Melaka yang diraikan oleh Kastam Diraja Malaysia cawangan Melaka dalam Majlis Sumbangan & Berbuka Puasa yang diadakan di Villa Istana Melaka, Ayer Keroh pada Khamis , 23 Mei 2019 . Krew Hang Tuah Channel turut diundang bagi merasai kemeriahan majis tahunan ini. Program Kastam Diraja Malaysia cawangan Melaka bersama SK Duyong telah terjalin selama 4 tahun sejak 2016. Ini merupakan satu khidmat komuniti Kastam Diraja Malaysia terutama dari Unit Pematuhan yang diterajui oleh Puan Zailani Idris, Ketua Cawangan Pematuhan. Majlis turut dihadiri Puan Zaleha Kecik , Timbalan Pengarah Kastam Diraja Malaysia cawangan Melaka.