#AWANIJr: Kau Boleh, Kau Istimewa

Istimewanya acara merentas desa SMK Kerteh tahun ini ialah disertai oleh pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Tujuannya untuk membuktikan mereka juga mampu bersaing dengan pelajar aliran perdana. Jarak larian yang jauh tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berlari hingga ke garisan penamat. Semangat yang ditunjukkan akan memberi inspirasi untuk kita semua. Mari kita bersama adik Nur Amira Natasha Shahruladli15, dari TVSemekar, Kemaman meninjau suasana sepanjang acara ini berlangsung.