Video  |  Malaysia

#AWANIJr: Kejohanan Merentas Desa

Kejohanan merentas desa merupakan aktivit kokurikulum yang diadakan pada setiap tahun di sekolah ini. Kejohanan kali ini dirasmikan oleh Dato' Ahmad Sabri Bin Alwi, Pegawai Penyelaras Dun Ladang 2018. Pada akhir pertandingan ini dimenangi oleh Muhammad Hakimi bin Saidi dari rumah Zuhal bagi kategori lelaki terbuka, manakala Nur Arissa Sofia binti Jasmin memenangi bagi kategori perempuan terbuka. Adik Muhd Imran Iqmal bin Mazuki, 16 tahun, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Razali Ismail telah membuat liputan kejohanan. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.