Tutup

#AWANIJr: Kembara team cilik Awani Junior Terengganu

Kali ini 6 Awani Junior cilik negeri Terengganu akan membuat satu kembara. Destinasi pilihan mereka ialah di Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah Universiti Malaysia Terengganu. Mereka ialah adik Alwani Mohd Radzil (11 tahun) dari SK IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Alya Batrisyia Akram (9 tahun) , Rabiatul Aisyah Nabilah Roslan (11 tahun) dari SK Kompleks Gong Badak, Puteri Qalesya Darwina Aswardi dari SK Seri Paka, Raja Aiman Hakimi (12 tahun) dan Raja Alya Batrishia Raja Hisyam dari SK Felde Kerteh 1. Mereka akan menjelajah seluruh kawasan dan lokasi menarik yang terdapat di Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah ,Univeristi Malaysia Terengganu. Jom kita sama sama saksikan episod yang menarik ini. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.