#AWANIJr: Kerjaya masa hadapan

Pada 7-9 Oktober 2018, Minggu STEM telah diadakan di SMK Padang Pulut yang bertemakan STEM: Kerjaya Masa Hadapan. Ikuti laporan sepanjang minggu STEM ini bersama wartawan, Muhammad Faris Muizzuddin 16 dan Nor Afzalina 16 serta jurukamera, Jailani 15 dan Nur Hanis Syazwani 15 dari Eagle TVPSS Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Pulut. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.