#AWANIJr: Kerlipan bintang baharu

Kerjasama erat antara TVPSS SK Duyong , Melaka dengan jenama Hang Tuah Channel dan TVPSS sekolah-sekolah Terengganu telah memberikan satu peluang kepada SK Duyong menjadi perintis TVPSS di Melaka dalam penyiaran dengan kerjasama Astro Awani melalui Awani Junior. Ini ditandai dengan Majlis Perasmian TVPSS Hang Tuah Channel SK Duyong, Melaka pada 5 April 2019 . Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel, Nurafiqah Auni Mohd Zaidy,12 telah mengadakan satu temubual khas bersama Penerbit Astro Awani, YM Raja Hisyam YM Raja Zaid dan Haji Akram @ Amir Abdul Majid Penolong Pengarah BTPN Terengganu selaku Peneraju TVPSS Terengganu mengenai halatuju TVPSS Hang Tuah Channel di masa akan datang. Diharapkan kata-kata perangsang daripada tokoh penyiaran ini dapat meningkatkan mutu penyiaran dan membuka seluas-luasnya peluang kepada sekolah-sekolah di Melaka. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.