#AWANIJr: Keropok lekor Nigeria Vs Keropok lekor Terengganu

Agaknya mana lebih sedap? Adik Hasya Salikin Mohd Fadhil Sharif,(13 tahun) dari TV PSS TVJer SMK Dato? Haji Mohd Said, Kuala Terengganu, Terengganu berasa amat bertuah kerana dapat menemubual Encik Isyaku Hassan dari Nigeria sempena Program Pengantarabangsaan Aktiviti Pusat Sumber Sekolah negeri Terengganu Bicara Antara Benua 5.0 di Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA). Beliau ada cerita tentang keropok lekor Nigeria. Mari kita saksikan. AwaniJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.