Tutup

#AWANIJr: KGMMB cawangan Terengganu anjur Kejohanan Tenpin Boling

Pada 5 Oktober 2019 , Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia barat atau KGMMB cawangan Terengganu telah menganjurkan satu Kejohanan Tenpin Boling trio jemputan dan tertutup bertempat di Coral Crown Bowl, paya bunga Kuala Terengganu. Kejohanan Tenpin Boling ini terbuka kepada semua ahli KGMMB lama dan baru. Seramai 33 orang ahli KGMMB telah menyertai kejohanan tersebut. Hadiah-hadiah yang disediakan sangat menarik di mana johan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 600 beserta medal, naib johan , RM300 berserta medal dan tempat ke-3, RM200 beserta medal. Mari kita ikuti laporan yang disediakan oleh adik Nur Ain Abdullah,14 dari TV PSS Senilamtv PSS Almumtazin SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu, Terengganu.