#AWANIJr: Khatam Al Quran bersama Komuniti sekolah

Wartawan TV Bakat, TV PSS SK Banggol Katong, Kuala Terengganu, Terengganu, adik Nurul Aqilah Afifah Alzikri,12 membuat liputan Majlis Khatam Al Quran anjuran bersama Panitia Agama Islam dan MPKK Kg Banggol Katong sempena sambutan hari Nuzul Quran pada 21 Mei 2019. Majlis Khatam Al-Quran ini ketuai oleh Ustaz Fattah Abdullah dan dirasmikan oleh Pengerusi MPKK Kg Banggol Katong En Alias Deraman. Jom kita saksikan laporannya. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.