#AWANIJr: Kita Bakar!

Episod kali ini menampilkan Nasriah Syazwani Azmi, 14, pengacara Semted Junior TV, TVPSS SMK Tok Dor, Besut, Terengganu, membuat liputan tentang hidangan istimewa Hari Raya Aidilfitri iaitu Lemang Bakar. Senang ke susah nak buat? Jom kita lihat bagaimana lemang dihasilkan. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.