#AWANIJr: Kolam Renang UMT Bertaraf Olimpik

Kompleks Sukan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) atau lebih dikenali Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail merupakan pusat sukan terbesar dalam kalangan 20 IPTA di negara ini. Antara kemudahan yang disediakan di sini, adalah kolam renang yang bertaraf Olimpik. Bersama Encik Hilmi Kadir, Ketua Penyelamat Kolam Renang UMT untuk mengetahui lebih lanjut. Ikuti bingkisan liputan oleh pengacara dan wartawan iaitu Adik Nik Nor Tafni Mohd Nor, 16 dan Nurul Ain Najwa Zakaria, 16 dari krew APSES TV, TV PSS SMK Ayer Puteh, Kemaman, Terengganu, yang telah mengikuti liputan ke kolam renang tersebut. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.