#AWANIJr: Kuba Guling viral kini di Setiu

Kuih Kuba Guling yang viral sepanjang Ramadhan ini mula popular di Rantau Panjang, Kelantan. Keunikannya yang menggantikan perisa tiruan dengan penggunaan tempurung kelapa menjadikannya viral dan rebutan orang ramai. Wartawan Al Kauthar TV, Nur Arisha Shahira bt Shahiba (11 tahun) berpeluang menemuramah seorang pengusaha dari Kg Bukit Putera, Setiu yang turut menjadikan Kuih Kuba Guling viral di Setiu. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.