Tutup

#AWANIJr: Lemang Tak Raya

Episod kali ini dilaporkan oleh wartawan Astro Awani Jr, Nik Nur Hawa yang berusia 14 tahun. Episod kali ini membawakan proses pembuatan dan pembakaran lemang di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar, Dungun. Program ini dijalankan 2 hari sebelum 1 Ramadhan. Semua warga sekolah berpeluang menikmati lemang sebelum berpuasa dan menyambut Hari Raya.Pelaja-pelajar berlainan kaum turut sama seronok menghasilkan lemang dan mengetahui cara membakar lemang. ? AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.