Tutup

#AWANIJr: Majlis Buku Kebangsaan Malaysia di Hati Kami

Baru-baru ini SK Binjai, Kemaman telah berpeluang menemuramah Encik Wan Salehudin Wan Abdullah, Penolong Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) di Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan E- Buletin anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia(MBKM) dengan kerjasama bersama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia(MCMC) dan PPD Kemaman. Majlis ini telah diadakan di Dewan Mercu SMK Chukai, Kemaman Terengganu. Ikuti liputan yang telah dibuat oleh adik Wan Nur Amna Faqihah Wan Muhd Fadillah (11 tahun), Nur Aisyah Amirah Muhamad Salim (11 tahun), Nur Farihah Azmira Azmi (10 tahun) ,Ainin Sofiya Azhar (10 tahun) dan Nur Aisyah Fadlan (10 tahun) kru My LB Channel, TV PSS SK BINJAI, Kemaman, Terengganu. AwaniJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.