#AWANIJr: Majlis E-Majalah Digital daerah Kemaman

E-Majalah Digital adalah salah satu program Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia(MCMC) dengan kerjasama bersama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia(MBKM) dan PPD Kemaman. Majlis ini telah diadakan di Dewan Mercu SMK Chukai, Kemaman Terengganu.Ikuti liputan yang telah dibuat oleh adik Wan Nur Amna Faqihah Wan Muhd Fadillah (11 tahun), Nur Aisyah Amirah Muhamad Salim (11 tahun), Nur Farihah Azmira Azmi (10 tahun) ,Ainin Sofiya Azhar (10 tahun) dan Nur Aisyah Fadlan (10 tahun) kru My LB Channel, TV PSS SK BINJAI, Kemaman, Terengganu. AwaniJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.