#AWANIJr: Majlis Tadarus Al-Quran zon Kuala Besut

Majlis Tadarus Al-Quran zon Kuala Besut telah berlangsung pada 1 Mac 2018. Semua peserta dari sekolah SK.Kuala Besut 11 telah menjalani latihan yang bersungguh-sungguh untuk mendapat tempat terbaik dalam pertandingan ini. Atas usaha keras ustaz, ustazah dan pelajar-pelajar yang terlibat, peserta dari SK.Kuala Besut telah menjuarai beberapa kategori. Adik Siti Khairun Nisrin Mohd Nadzri yang berusia 8 tahun, yang merupakan pengacara Bayu Tv SK.Kuala Besut 11 ada laporan mengenai majlis ini. Jom sama-sama kita saksikan. AwaniJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.