#AWANIJr: Mata cinta umi dan papa

Kisah ini mengisahkan seorang ibu yang sangat cekal dalam mendidik anak-anak. Beliau menjadikan dirinya sebagai idola. Pasangan suami isteri ini bukanlah orang yang berada. Setiap bulan pasangan ini menabung hasil pendapatan yang tidak seberapa untuk membeli pelbagai bahan bacaan untuk anak-anak. Namun setiap pengorbanan pasti ada ganjarannya. Jom ikuti liputan bersama adik Adlina dan Rasyidah dari TV PSS An Najwa SMK Ketengah Jaya Terengganu. Jom Saksikan. AwaniJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.