#AWANIJr: Menaiki bot di Tasik Dayang Bunting

Salah satu tempat yang menarik di Pulau Langkawi ialah Tasik Dayang Bunting. Salah satu tarikan di sini adalah Solar Boat yang boleh dinaiki dengan harga RM15 sahaja. Pengunjung boleh mengelilingi Tasik Dayang bunting dengan menaiki bot ini. Jom kita merasai pengalaman bersama Pengacara Cilik, Wan Nur Irdina Syahirah Wan Mohd Zahiruddin m 6, dari MerangTV SK Merang,Setiu Terengganu. Awani jr merupakan inisiatif terbaru Astro Awani dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.