Tutup

#AWANIJr: Menyingkap rahsia dasar laut

Pulau Redang merupakan salah sebuah pulau yang cantik di Terengganu. Wartawan Awani Junior Muhammad Fariz Muizuddin Safenei ( 16 tahun) dan Nurul Anis Khairuddin ( 17 Tahun) Eagle Tvpss SMK Padang Pulut Dungun Terengganu telah berjaya menyelami keindahan alam di dasar laut. Terdapat pelbagai spesies ikan, terumbu karang dan gamat yang berjaya diterokai. Ikuti laporan yang disediakan. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.