Tutup

#AWANIJr: Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sayangi Malaysiaku, begitulah tema dan slogan hari kemerdekaan negara kita yang ke-61. Adik Ahmad Amirul Haikal,13 dari TV PSS TVJer SMK Dato? Haji Mohd Said, Kuala Terengganu begitu teruja untuk menyambut hari kemerdekaan tahun ini. Mari kita saksikan laporan beliau tentang pelancaran bulan kemerdekaan dan kibarkan jalur gemilang peringkat sekolah pada hari ini 7 Ogos 2018. Program istimewa yang membawakan kandungan terbaik yang dikongsikan pelajar sekolah menerusi inisiatif AwaniJr. Dihoskan oleh Hilal Azmi dan Raja Hisyam, mereka akan meneliti setiap video dan memberikan tips penting kepada pelajar sekolah untuk menyediakan kandungan yang bermutu dan menarik.