#AWANIJr: Meriahnya pelancaran bersama Penerbit AWANI Junior

19 April 2018, SK Binjai telah berjaya mengadakan Majlis Pelancaran Kelab TV PSS My LB Channel, sudut AWANIJR dan Bengkel Komunikasi Berkesan. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YM Raja Hisham YM Raja Zaid penerbit Awani Junior, Astro Awani. Ikuti liputan yang telah diuat oleh adik Nur Aisyah Amirah Muhamad Salim 11 tahun dan adik Nur Nadhirah AL-Ashaari Saiful Nizam 11 tahun - kru My LB Channel, TV PSS SK BINJAI, Kemaman, Terengganu. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.